Kreativiti tanpa batasan: AI-DADA dilancarkan di seluruh dunia!

12 Mac 2026

Selepas kemunculan sulungnya di Switzerland dan pelancarannya di seluruh Eropah serta Turki, AI-DADA, alat reka bentuk berkuasa AI yang membolehkan sesiapa sahaja mencipta jam tangan unik mereka sendiri, kini dilancarkan di seluruh dunia. Pelancaran berperingkat yang dijadualkan bermula pada 12 Mac 2026 mengorak langkah baharu dalam menjadikan AI-DADA boleh diakses di seluruh dunia.
Dinamakan sempena gerakan Dada yang mencabar kebiasaan, AI-DADA membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan reka bentuk jam tangan yang benar-benar unik dalam masa kurang dari dua minit hanya dengan menulis prom. Dengan menukarkan perkataan menjadi reka bentuk jam tangan, alat ini menghapuskan kekangan dalam reka bentuk tradisional, sekali gus membuka ruang kreativiti tanpa batasan dan menawarkan pengalaman produk terbaik yang diperibadikan.
AI-DADA merealisasikan matlamat ini melalui “kecerdasan artistik” yang tercetus hasil lebih dari 40 tahun inovasi ikonik Swatch, daripada jam tangan dan reka bentuk, hinggalah acara, seni dan lukisan jalanan. Setiap jam tangan AI-DADA bukan sahaja unik, seperti yang ditandakan oleh simbol ‘1/1’ pada bahagian belakang sarungnya, malah jelas membawa identiti Swatch.
“Kami mahu membangunkan AI yang memahami Swatch secara mendalam dan nilai identiti jenama ini, satu kecerdasan yang dibentuk oleh warisan kreatif kami serta direka untuk memperkasa semua individu agar dapat berimaginasi dan menghasilkan ciptaan. Dengan AI‑DADA, setiap jam tangan Swatch akan menjadi reka bentuk asli dan unik, namun tetap mengekalkan identiti Swatch. Inilah kemuncak pemperibadian sesuatu produk. Ini bermakna setiap individu bebas menzahirkan identiti diri melalui jam tangan yang tidak mungkin dimiliki oleh dua individu yang sama di dunia, namun masih kekal dengan identiti Swatch,” ujar En. Vivian Stauffer, CEO Swatch.
Pelancaran AI-DADA menandakan bermulanya siri acara istimewa percuma yang imersif, direka sebagai ruang permainan kreatif yang membolehkan pengunjung meneroka dunia kreatif Swatch dan merasai sendiri pengalaman AI-DADA.
Maklumat lanjut berkenaan tarikh, tempat dan lokasi akan diumumkan tidak lama lagi.