MISSION TO EARTHPHASE - MOONSHINE GOLD
Kronograf ini menampilkan bekas, tombol putar dan penolak Bioceramic putih, dipasangkan dengan tali jam getah putih yang sepadan dan gelung Bioceramic. Ia bermuka jam opal putih dengan penanda jam yang disalut dengan Super-LumiNova® Gred A (pancaran hijau). Pada kedudukan pukul 10, penunjuk fasa Bumi menunjukkan Bumi dengan lautan yang memancarkan seri biru di bawah cahaya UV. Di bawah penunjuk fasa bumi terdapat ilustrasi Snoopy dan Woodstock di Bulan, sedang mengagumi pemandangan Bumi yang mempesonakan. Ilustrasi ini mempamerkan frasa yang hanya muncul di bawah cahaya UV. Pada subdail pukul 2, terdapat penunjuk fasa bulan dengan dua bulan purnama yang berseri, kedua-duanya disalut dengan Moonshine™ Gold OMEGA. Salah satu bulan direka bentuk dengan gaya tersendiri dunia Snoopy, manakala satu lagi menampilkan reka bentuk emping salji. Reka bentuknya adalah unik bagi setiap model, memastikan bahawa, sama seperti emping salji dalam alam semula jadi, tidak ada dua jam tangan yang sama.
Penutup bateri dihiasi reka bentuk yang diilhamkan oleh Bumi, sementara tali jam getah putih dengan penutup VELCRO® menambah sentuhan gaya angkasawan. Muka jam bagi setiap jam tangan dalam koleksi ini menampilkan penjenamaan OMEGA X Swatch, logo Speedmaster yang ikonik dan logo MoonSwatch. Juga bagi semua model adalah lazim terdapat binaan kaca bersumberkan bio berkubah kembar (box-shaped), "S" yang terukir di tengah-tengah kaca merujuk kepada logo Swatch, corak bulat yang bersifat kompleks dan halus pada gegelang luar muka jam dan subdail berlekuk, binaan cuping yang tajam dan licin, dan sudah tentu rasa Bioceramic yang unik. Penanda jam, jarum jam dan minit dan hujung jarum saat kronograf disaluti Super-LumiNova® Gred A untuk bersinar dalam gelap yang sempurna (pancaran hijau).
MISSION TO EARTHPHASE - MOONSHINE GOLD : SO33W701L
Bahan bekas: bekas, tombol putar dan penolak Bioceramic putih
Diameter bekas: 42.00 mm
Ketebalan bekas: 13.75 mm
Jarak cuping ke cuping: 47.30 mm
Pergerakan kuartza: kronograf (saat sahaja) dengan penunjuk fasa bulan dan fasa bumi
Kalis air: 3 bar
Tali jam: tali jam getah putih dengan penutup VELCRO®, gelung Bioceramic putih
TERSEDIA UNTUK TEMPOH MASA YANG TERHAD
MISSION TO EARTHPHASE - MOONSHINE GOLD Cold Moon akan tersedia dari 4 Disember, 2025, pada hari Bulan Dingin, sehingga hari terakhir musim sejuk pada 20 Mac, 2026, di semua kedai Swatch yang menawarkan Koleksi Bioceramic MoonSwatch. Menambah sentuhan yang meriangkan, selepas 4 Disember 2025, model ini hanya akan tersedia di kedai-kedai di seluruh dunia, apabila salji turun di Switzerland.
Penunjuk fasa bumi
Pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2024, fasa bumi merupakan komplikasi inovatif yang menunjukkan bagaimana Bumi kelihatan dari Bulan. Sama seperti fasa bulan, fasa bumi mengikuti kitaran 29.5 hari, tetapi dalam arah terbalik. Apabila bulan purnama muncul, kita melihat Bumi yang baru, dan begitu juga sebaliknya.
Perincian kosmik
Di bawah penunjuk fasa bumi terdapat ilustrasi Snoopy dan Woodstock yang memakai pakaian angkasawan penuh, sedang menatap Bumi dari Bulan. Pada model ini, pasangan itu telah dibayangkan semula dengan sentuhan salji. Frasa tersembunyi, hanya terungkap di bawah cahaya UV, perkenan kepada semangat perintis model Moonwatch dan kepada mereka yang berani berfikir di luar kotak.
Inspirasi Bulan
Jam tangan unik ini menampilkan penunjuk fasa bulan dengan dua bulan purnama yang berseri, kedua-duanya disalut dengan Moonshine™ Gold OMEGA. Satu bulan direka bentuk dengan gaya tersendiri dunia Snoopy, manakala satu lagi menampilkan reka bentuk emping salji. Dilaserkan pada permukaan salah satu bulan, setiap reka bentuk adalah unik, memastikan bahawa sama seperti emping salji, tidak ada dua model yang serba sama.