Diinspirasikan oleh Bumi sebagaimana yang dilihat dari Bulan
MISSION TO EARTHPHASE telah diinspirasikan oleh Bumi sebagaimana yang dilihat dari Bulan, pandangan memukau yang telah ditangkap dalam imej ikonik semasa pelbagai misi Apollo.
Penunjuk fasa bumi
Sama seperti kita mencerap fasa-fasa Bulan dari Bumi, Bumi juga mempamerkan fasa-fasa apabila dilihat dari Bulan. Kedua-dua Bulan dan Bumi mengambil masa kira-kira 29.5 hari untuk melalui semua fasa, tetapi dalam tertib yang terbalik. Ini bermakna bahawa, sebagai contoh, apabila kita melihat Bulan purnama dari Bumi, pencerap di Bulan akan melihat "Bumi baharu," dan begitu juga sebaliknya. Ini juga merupakan sebab mengapa fasa bumi pada MISSION TO EARTHPHASE berputar pada arah yang bertentangan dengan fasa bulan.
Ciri-ciri Istimewa
MISSION TO EARTHPHASE adalah satu-satunya jam tangan dengan penunjuk fasa bumi, menjadikannya jam tangan yang benar-benar jarang terjumpa dan amat luar biasa. Oleh sebab ia juga menampilkan fasa bulan, ini merupakan jam tangan pertama yang mempunyai kedua-dua fasa pada muka jamnya. Gabungan keajaiban kosmik dan keindahan duniawi yang sempurna, fasa-fasa pada jam tangan ini direka dengan perincian yang unik. Fasa bumi mencerminkan keindahan planet biru kita sebagaimana yang dilihat dari bulan dengan warna-warnanya yang terang. Lautan pada fasa bumi disalut dengan dakwat UV yang memancarkan seri biru di bawah cahaya UV, mewujudkan kesan bak dunia luar biasa yang memukau. Untuk menonjolkan pandangan Bulan menghadap Bumi yang mempesonakan, kawah-kawah bulan telah diwujudkan menggunakan percetakan digital. Penunjuk fasa bulan menampilkan dua bulan berukuran besar yang bersinar putih dalam gelap, terima kasih kepada Super-LumiNova®, yang menambah sentuhan pesona bulan. Membangkitkan keindahan permukaan bulan dengan sepenuhnya, muka jam mempunyai tekstur berbintik-bintik sementara penutup bateri menampilkan imej bulan dan jejak tapak kaki Neil Armstrong-orang pertama yang menjejakkan kaki di sana, mengingatkan kita tentang keajaiban penerokaan angkasa. Bezel mempamerkan skala takimeter hitam dengan penanda kelabu cerah yang menarik perhatian, suatu warna yang baru dicipta.