OMEGA X Swatch - Legenda Moonwatch
Pada tahun 2022, OMEGA dan Swatch telah mencipta sesuatu yang inovatif untuk Swatch menterjemahkan OMEGA Speedmaster Moonwatch yang legenda itu, iaitu jam tangan pertama di bulan. Perkongsian yang tidak dijangka, provokatif dan berwawasan ini menghasilkan koleksi kronograf yang telah menawan hati manusia di seluruh dunia, dengan pesona cakerawalanya.
Diperbuat daripada bahan Bioceramic kami yang inovatif dalam warna yang jarang-jarang dapat dilihat, jam tangan ini menampilkan semua tanda kejayaan OMEGA Speedmaster Moonwatch, dengan kolaborasi unik ini, ia senang dimiliki oleh peminat di mana-mana sahaja.
MISI BERMULA DI SINI
Koleksi Bioceramic MoonSwatch tampil julung-julung kalinya menerusi pelayaran kosmik menerusi sistem suria kita dan sebelas jam tangan yang menjemput pemakainya untuk memulakan perjalanan melalui ruang dan masa.
MISSION ON EARTH
Sama seperti angkasawan yang pulang selepas melengkapkan misi mereka ke angkasa lepas, tiga model MISSION ON EARTH baharu yang bukan terhad ini memberi tumpuan kepada Bumi, mendapat inspirasi daripada tiga fenomena semula jadi yang menakjubkan sebagaimana yang dilihat dari angkasa lepas.
EDISI TERHAD KINI DI LUAR ORBIT
MISSION TO EARTHPHASE - MOONSHINE GOLD
Pada tahun 2025, model MISSION TO EARTHPHASE - MOONSHINE GOLD menambah seri keemasan kepada semesta MoonSwatch. Disatukan oleh reka bentuk tersendiri yang mempamerkan fasa bumi inovatif kami, fasa bulan menarik yang dihiasi dengan Moonshineâ„¢ Gold OMEGA, dan ilustrasi dari dunia Snoopy, setiap kronograf menampilkan perincian unik pada fasa bulannya yang diinspirasikan oleh bulan purnama setiap bulan.
MISSION TO THE MOON 1969
Setiap jam tangan dalam Koleksi Bioceramic MoonSwatch meraikan semangat penerokaan angkasa lepas tetapi MISSION TO THE MOON 1969 mengorak langkah gergasi yang lebih besar. Dicipta untuk memperingati ulang tahun pendaratan bulan yang pertama, edisi terhad ini menampilkan muka jam, jarum, tombol putar dan penolak yang diperbuat daripada Moonshineâ„¢ Gold 18K OMEGA yang semuanya seberat 11 gram, dan boleh didapati hanya melalui Electronic Swatch Timepiece Application (ESTA) yang diluluskan.
Permohonan dibuka dari 16 hingga 21 Julai 2026.